24 Oktober 2012 - Di Pahang cuti sempena Keputeraan Sultan Pahang (Birthday of Sultan Pahang).
25 Oktober 2012 - Bekerja macam biasa ** cuti ku sudah abis...
26 Oktober 2012 - Hari Raya Korban/ Aidiladha
Menyambuat Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam seluruh dunia. Pada hari yang cukup penting dan dipenuhi dengan sejarah. Seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid dan akan teringat-ingat tentang kisah yang menjadi teladan iaitu bagaimana Nabi Ismail a.s. dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim a.s. mengikut perintah Allah s.w.t agar dia dikorbankan.
Dimana disaat-saat akhir, Allah s.w.t telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor biri-biri yang akhirnya menjadi korban.
Pengajaran yang dapat kita renungkan adalah betapa peritnya perasaan si bapa, Nabi Ibrahim a.s. yang harus mengetepikan naluri kebapaannya yang terlalu mengasihi anaknya demi mengerjakan perintah Allah.
Janganlah kita asyik memikirkan diri sendiri hingga melupakan perintah-perintah Allah untuk berbuat baik sesama kita, untuk menegakkan keadilan dan menentang kebatilan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...
mohon ampun dan maaf..
kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati walau dimana anda berada... Semoga selamat pergi dan selamat pulang..
No comments:
Post a Comment