Thursday 10 January 2013

WORDLESS THURSDAY.. JOM TEKA

excited tak??

gambaran

sebenarnya hari ini kepala sangat pusing sebab menyiapkan minit mesyuarat. Jadi pencatat ni memang dasyat la keje kan.

seorang kawan merangkap 'my mom' dalam bisness buat jom teka ni.. erma bersahaja je. ye la nak legakan fikiran.. kusut tau nak buat minit.. ni sampai petang baru separuh jalan siap.

cubaan tekaan kali pertama



cubaan tekaan kali kedua


                                                                           
cubaan tekaan kali ketiga


jawapannya.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

YEAH!!! betul tekaan erma.....


Hadiah ???

Belanja lunch

ha...simple kan. terima kasih ye Admie Shuhada...

Wednesday 9 January 2013

GLAM: KELAS SOLEKAN

bukan setakat sebarkan ilmu mengenai perniagaan dan produk tetapi lebih lagi..
terbaru, GLAM adakan kelas solekan.

kami ni kan usahawan cantik so mesti kena cantik luar dan dalam.  nanti ada pula orang lari lintang pukang tengok penampilan kita.. ye tak??

so kelas ni just nak tunjukkan asas solekan siang dan malam yang mudah.  Dipersembahkan oleh Tiar Zainal.

pelbagai jenis alatan solekan.


CDM Hanis Haizi menjadi model solekan.

step by step diajar.


ini hasilnya...


Februari akan datang akan diadakan lagi kelas macam ni...

Tuesday 8 January 2013

FREE TRIP 2013: SHANGHAI, CHINA

Dengan rasminya next free trip 2013 ni ialah

SHANGHAI, CHINA


selama 5 hari 3 malam

semua PERCUMA... apa yg percuma??

hotel five stars dan makan minum



penerbangan


RM shopping



JIKA ANDA SEORANG YG GEMAR MELANCONG, INI PELUANGNYA..

ada 6 tiket percuma!!!!!!

do contact me
erma
0129019864
ermayanti_hr@yahoo.com

Friday 4 January 2013

TAWARAN TERHEBAT.. AWAL TAHUN 2013!!!

BAGI 12 ORANG PEMBELI PERTAMA!!!!!!!!!!

TUNAI/ KAD KREDIT/ RHB EASY



PEMBELIAN 1 SET PREMIUM BEAUTIFUL.. HARGA RENDAH

HARGA BIASA : RM2400 (SAIZ KECIL) - RM2600 (SAIZ BESAR)
HARGA SEKARANG : RM1975 (SAIZ KECIL) - RM 2170 (SAIZ BESAR)

PLUSSSS PERCUMA 1 BOTOL PB WASH (BERNILAI RM42)

PLUSSS EXTRA DISCOUNT LAGI....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PEMBELIAN 1 SET BIOZONE FOOD PURIFIER.... HARGA RENDAH

HARGA BIASA : RM1750
HARGA SEKARANG : RM1500

PLUSSS PERCUMA 1 KOTAK HAI O MINERAL COFFEE (BERNILAI RM27.50)

PLUSSS EXTRA DISCOUNT LAGI...


TERHAD PADA JANUARI 2013 SAHAJA

MUDAH SAHAJA...
JUST CALL ME
ERMA
0129019864
ermayanti_hr@yahoo.com
http://www.facebook.com/erma.yanti.969

Thursday 3 January 2013

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

pelbagai jenis ilmu yang boleh dimanfaatkan sangat-sangat digalakkan dicari..
dalam bisness ni segala tatacara dan ilmu disalurkan melalui facebook, twitter, blog, istagram dll... termasuk ditubuhkan akademik khas untuk usahawan-usahawan berjaya dengan gemilangnya..


sedikit perkongsian yang erma dapat dari internet.. sharing is caring...

Dari anas r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: 'tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira dengan apa yang mereka tuntut.' (Riwayat Al Bara)

Maksudnya..

tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri china... belajarlah sekalipun sehingga ke satu tempat yang jauh..

Negeri China yang dimaksudkan ialah China Yunan (bukan sekarang) dimana mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam ilmu astronomi dan falsafah.

Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang dipelajari yang baik dan disebarkan kepada orang lain.

Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya dan malaikat menghamparkan sayapnya untuk pencari ilmu, para malaikat serta semua di dunia (pokok2, sungai2, haiwan2 dll) mendoakannya (Riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi).

Orang yang mengajar kebaikan sehingga ikan yang ada didalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir).

Jadi.. untuk diri sendiri, Erma...
jangan pernah putus asa kerana tiada siapa yang mampu merubah kecuali DIRI SENDIRI..


SELAMAT TINGGAL 2012 DAN SELAMAT DATANG 2013

salam jumaat semua... semoga kita sentiasa sihat dan gembira..
tengok di fb, blog dan lain2 ramai yang update tentang 2012... dan apa yang dirancang 2013.
semoga semuanya dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk masa depan tidak terkecuali diri erma sendiri.

2012

dimana erma bermula dengan 'langkah pertama' dalam bisness cantik ni bersama DDM Admie Shuhada.
terima kasih tak terhingga atas bimbingan dan sokongan tanpa berbelah bagi, apa keadaan sekalipun...


masa ni erma dianugerahkan sebagai Sales Manager

macam2 cerita suka duka... tapi..

pengalaman baru kerana anak pertama bersekolah dalam darjah 1 dan anak kedua bersekolah tadika.

so bermula la.. perjalanan pengurusan mereka.. (mak berada dalam wad dari 28 Nov 2012 hingga 31 dis 2012 di Hospital Sultan Ismail, JB)

25 Dis 2012 - baru kami bertungkus lumus mencari keperluan persekolahan kak long dan angah.
baju, stokin, kasut, beg, pakaian dalam. cuma alatulis je tak beli sebab kak long rajin masuk pertandingan mewarna dan aktiviti lain semasa tadika. alatulis memang banyak la. boleh buka kedai gamaknya..

26 Dis 2012 -  urusan pembelian buku-buku dan keperluan sekolah yang lain macam baju sukan, lencana, pembalut buku dan lain-lain.. datang awal jam 8.30 pagi tapi orang dah ramai ..

27 Dis 2012 - Orientasi murid darjah 1
kami sangat risau takut kak long meragam ke, menangis ke.. alhamdulillah... dia senyum je..
di beri penerangan tentang pembelajaran zaman sekarang di tukar dari KBSR kepada KSSR.. now tak guna dah nombor dalam kelas.. tp guna band.. ada 6 band semuanya.. kalau tak silap tahun 2016, tiada UPSR.
Dalam masa yang sama Erma tetiba tidak sihat dan direhatkan / kena drip 1 botol air di klinik.. urusan lain ensuami le yang kena tolong uruskan.

28 Dis 2012 - urusan pendaftaran sekolah KAFA.. di Kuantan tiada sekolah agama seperti di Johor (Erma ni anak Johor). Hampir 2 jam beratur menunggu giliran untuk proses pendaftaran dan pembelian buku/ keperluan lain.. fuh... memang mencabar.
Kemudian terus proses pendaftaran angah di tadika.  sempat lagi duduk sembang dan kenalkan angah suasana di tadika.. first time bagi angah. bagi mukadimah sikit. nak biar dia tak menangis.

2013

2 Jan 2013- permulaan sekolah darjah satu dan tadika sesi 2013
along : senyum je ke sekolah.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepertimana yang dirancang.  waktu rehat makan bekalan yang dibawa dari umah (erma la gigih menyediakan). balik pun ok je dengan driver. tapi pakaian seragam dia ya ampun... kotor betul. orang aktif, tak tau duk diam.

angah : oleh kerana dia ikut hantar along ke sekolah.. dia masuk tadika senyum je... bagus.. x menangis pun.
balik sekolah dengan driver pun ok je...

3 Jan 2013 - permulaan sekolah KAFA 2013
along terpaksa pakai baju kurung biasa sebab seragam tak siap lagi.. skodeng cara dia pergi dan balik dengan driver.. alhamdulillah, semua ok.

* masing-masing seronok bercerita tentang alam persekolahan dan teman baru di sekolah dan taska. kami senyum je...

4 Jan 2013 - Dengan rasminya Erma dan ensuami rasa yakin... kami pun keje le

Diharapkan dan didoakan semoga anak-anak kami menjadi insan yang berjaya dan berguna dunia dan akhirat..
mak pun dah dapat keluar wad. syukur sangat-sangat atas semua ujian dan rezeki dari Allah..
jadual harian erma pun dah berubah..

pinjam dari engoogle..
© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™