Thursday 3 January 2013

SELAMAT TINGGAL 2012 DAN SELAMAT DATANG 2013

salam jumaat semua... semoga kita sentiasa sihat dan gembira..
tengok di fb, blog dan lain2 ramai yang update tentang 2012... dan apa yang dirancang 2013.
semoga semuanya dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk masa depan tidak terkecuali diri erma sendiri.

2012

dimana erma bermula dengan 'langkah pertama' dalam bisness cantik ni bersama DDM Admie Shuhada.
terima kasih tak terhingga atas bimbingan dan sokongan tanpa berbelah bagi, apa keadaan sekalipun...


masa ni erma dianugerahkan sebagai Sales Manager

macam2 cerita suka duka... tapi..

pengalaman baru kerana anak pertama bersekolah dalam darjah 1 dan anak kedua bersekolah tadika.

so bermula la.. perjalanan pengurusan mereka.. (mak berada dalam wad dari 28 Nov 2012 hingga 31 dis 2012 di Hospital Sultan Ismail, JB)

25 Dis 2012 - baru kami bertungkus lumus mencari keperluan persekolahan kak long dan angah.
baju, stokin, kasut, beg, pakaian dalam. cuma alatulis je tak beli sebab kak long rajin masuk pertandingan mewarna dan aktiviti lain semasa tadika. alatulis memang banyak la. boleh buka kedai gamaknya..

26 Dis 2012 -  urusan pembelian buku-buku dan keperluan sekolah yang lain macam baju sukan, lencana, pembalut buku dan lain-lain.. datang awal jam 8.30 pagi tapi orang dah ramai ..

27 Dis 2012 - Orientasi murid darjah 1
kami sangat risau takut kak long meragam ke, menangis ke.. alhamdulillah... dia senyum je..
di beri penerangan tentang pembelajaran zaman sekarang di tukar dari KBSR kepada KSSR.. now tak guna dah nombor dalam kelas.. tp guna band.. ada 6 band semuanya.. kalau tak silap tahun 2016, tiada UPSR.
Dalam masa yang sama Erma tetiba tidak sihat dan direhatkan / kena drip 1 botol air di klinik.. urusan lain ensuami le yang kena tolong uruskan.

28 Dis 2012 - urusan pendaftaran sekolah KAFA.. di Kuantan tiada sekolah agama seperti di Johor (Erma ni anak Johor). Hampir 2 jam beratur menunggu giliran untuk proses pendaftaran dan pembelian buku/ keperluan lain.. fuh... memang mencabar.
Kemudian terus proses pendaftaran angah di tadika.  sempat lagi duduk sembang dan kenalkan angah suasana di tadika.. first time bagi angah. bagi mukadimah sikit. nak biar dia tak menangis.

2013

2 Jan 2013- permulaan sekolah darjah satu dan tadika sesi 2013
along : senyum je ke sekolah.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepertimana yang dirancang.  waktu rehat makan bekalan yang dibawa dari umah (erma la gigih menyediakan). balik pun ok je dengan driver. tapi pakaian seragam dia ya ampun... kotor betul. orang aktif, tak tau duk diam.

angah : oleh kerana dia ikut hantar along ke sekolah.. dia masuk tadika senyum je... bagus.. x menangis pun.
balik sekolah dengan driver pun ok je...

3 Jan 2013 - permulaan sekolah KAFA 2013
along terpaksa pakai baju kurung biasa sebab seragam tak siap lagi.. skodeng cara dia pergi dan balik dengan driver.. alhamdulillah, semua ok.

* masing-masing seronok bercerita tentang alam persekolahan dan teman baru di sekolah dan taska. kami senyum je...

4 Jan 2013 - Dengan rasminya Erma dan ensuami rasa yakin... kami pun keje le

Diharapkan dan didoakan semoga anak-anak kami menjadi insan yang berjaya dan berguna dunia dan akhirat..
mak pun dah dapat keluar wad. syukur sangat-sangat atas semua ujian dan rezeki dari Allah..
jadual harian erma pun dah berubah..

pinjam dari engoogle..

No comments:

Post a Comment

© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™