Thursday, 3 January 2013

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

pelbagai jenis ilmu yang boleh dimanfaatkan sangat-sangat digalakkan dicari..
dalam bisness ni segala tatacara dan ilmu disalurkan melalui facebook, twitter, blog, istagram dll... termasuk ditubuhkan akademik khas untuk usahawan-usahawan berjaya dengan gemilangnya..


sedikit perkongsian yang erma dapat dari internet.. sharing is caring...

Dari anas r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: 'tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira dengan apa yang mereka tuntut.' (Riwayat Al Bara)

Maksudnya..

tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri china... belajarlah sekalipun sehingga ke satu tempat yang jauh..

Negeri China yang dimaksudkan ialah China Yunan (bukan sekarang) dimana mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam ilmu astronomi dan falsafah.

Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang dipelajari yang baik dan disebarkan kepada orang lain.

Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya dan malaikat menghamparkan sayapnya untuk pencari ilmu, para malaikat serta semua di dunia (pokok2, sungai2, haiwan2 dll) mendoakannya (Riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi).

Orang yang mengajar kebaikan sehingga ikan yang ada didalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir).

Jadi.. untuk diri sendiri, Erma...
jangan pernah putus asa kerana tiada siapa yang mampu merubah kecuali DIRI SENDIRI..


No comments:

Post a Comment

© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™