Ditempat kerja Erma pun mengadakan sambutan Maulidur Ar Rasul pada 28 Januari 2013 yang lalu. Sangat meriah dan sebanyak 27 kontijen yang berarak lebih kurang 2 km. Sebenarnya tak terasa pun yang kami ni berjalan sejauh tu.. alhamdulillah sepanjang perarakan kami angin sentiasa bertiup seolah-olah bersama-sama berselawat.
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh sejarah bagi umat Islam seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta untuk menghentikan segala jenis kerosakan dan membawa sinar cahaya baru. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan dan syirik.
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam susah dan senang (Al-Ahzab 21).
Mari kita imbas segala perjuangan dan menjadikan contoh sifat dan kehidupan baginda kerana ianya teladan paling baik untuk kita semua.
layan gambar-gambar ceria kami..
berkumpul di tempat yang dikhaskan.. (geng wanita di belakang)
kami barisan wanita
kusyuk berselawat...
kontijen pertama
penyertaan khas.. kanak-kanak di taska tempat keje
memulakan langkah berarak..
sepanduk yg cantik..
walaupun panas tapi tak terasa sbb angin sentiasa bertiup...
Rasa tak percaya juga sebab kontijen kami dapat tempat ke 3 drpd 27 kontijen.. wah!!
kami ni tak terlintas pun nak menang atau sbb rasa nak bertanding... Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment