Monday, 23 April 2012

MIL/ MAK MERTUA SAKIT..

salam semua... ingat la ketika sihat sebelum dtg sakit..
mil tiba-tiba x sihat dan nampak penat.. tp gagahkan diri utk jalan-jalan ke rumah anak-anak di kl

erma dapat call dari en suami jam 11 pagi pada rabu 18 April 2012. pd 16-17 April tu anak erma yg sulung @ along demam, muntah-muntah dan sakit perut. Alhamdulillah, x lama pun. dah bawa ke klinik, jaga kat umah.. sihat.

lepas dapat call dari en suami, terus balik dan siap-siap.. zoom ke hospital selayang... masa tu mil kat emergency room. dapat jumpa dan berbual-bual kejap

pd jumaat 20 April, en suami kena panggil keje so kami pun balik kuantan.. ahad malam, dimaklumkan yg mil bertambah teruk dan kena masuk icu.. Ya Allah.. ujian betul buat adik beradik en suami

hari isnin 24 April lepas jumpa bos, terus ke hospital selayang..
sehingga erma sedang menulis tentang mil ni, mil masih belum sedar dan hormon tiroid mencecah angka 150. bagi wanita tiroid normal adalah angka 11 to 20. mil disahkan mendapat ribut tiroid..

apa pun abah, en suami adik beradik mendoakan mil diberi yg terbaik untuk kesihatannya.. kami pasrah dan reda dan kami tahu...

Dr Allah kita datang, Kepada Allah jua kami kembali... erma kena kuat sebab en suami memang rapat dengan mil... kena bantu dia bersabar dan dapat terima apa yang sedang berlaku terhadap mil.. hati erma cukup tersentuh dgn apa yg berlaku sekarang ni.. dapat rasakan kalau itu adalah mak erma... sungguh besar ujian Mu Allah... mmg manusia ni terlalu kerdil di mata Allah.. ampunkan lah dosa-dosa mil, kami adik beradik... Hanya mu Ya Allah tempat sebaik-baik mengadu, meminta, dan aku sgt-sgt bersyukur dgn apa yg aku ada ..

mode: sedih sgt-sgt... i love u mil...






1 comment:

  1. erma..tabah ye...sesungguhnya segala yang berlaku allah sahaja yang tahu dimana baik dan buruknya...

    ReplyDelete

© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™