Thursday, 29 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I PELENGKAP HIDUP

wah.. tajuk apa ni??

baru-baru ini mertua ada telefon, mengajak bercuti bersama-sama. ke mana??? terkejut jangan cakap la... dalam hati berkata..'cukup ke duit yang ada ni?' risau dibuatnya...

alhamdulillah, dengan adanya pendapatan sampingan bersama KORSET PREMIUM BEAUTIFUL ni dapat juga buat saving lebih la skit dari biasa... dapat baiki kereta saya, dapat baiki motor a.k.a adinda kesayangan ensuami yg setia membawa ke tempat kerja yg jauhnya lebih kurang 1 jam perjalanan ( tu pergi je)..

survey sana, survey sini... akhirnya semua setuju nak pergi..................... FRASER HILL/ BUKIT FRASER..
ini adalah kali pertama kunjungan kami ke sana..


kenapa?? kalau takde pendapatan sampingan tak boleh pergi bercuti ke??
......... boleh pergi juga tetapi kena plan betul2, maybe 3 or 4 bulan akan datang baru dapat pergi bercuti... itu pun kalau takde 'gangguan' untuk menyimpan RM. Ye la, erma ni pekerja biasa-biasa je. pendapatan pun takde la mewah mana.

Doakan semoga perjalanan pergi dan balik erma sekeluarga selamat...

Tuesday, 20 March 2012

PIL MAHARANI I CARA PENGAMBILAN


Cara pengambilan pil maharani ini bergantung pada masalah yang dihadapi iaitu:
1- untuk penjagaan kesihatan - ambil selepas period dengan 1 biji bola selama 6 hari
2- untuk badan lemah - ambil selepas period dengan 1 biji bola selama 12 hari atau 2 biji bola selama 5-10
     hari
3- peredaran haid yang tidak tetap - ambil pada hari ke-6 period dengan 1 atau 2 biji bola selama 20 hari
4- ketidakselesaan semasa period - ambil 14 hari sebelum period dengan 1 atau 2 biji bola selama 14 hari
5- selepas melahirkan anak - ambil seminggu selepas melahirkan anak dengan 1 biji bola selama 10-14 hari.

Disaran mengambil air kosong yang banyak setiap hari

untuk keterangan lanjut / tempahan hubungi erma - 0129019864 atau 
email ke ermayanti_hr@yahoo.com

PREMIUM BEAUTIFUL I BERPANTANG

lagi satu minggu akan berakhir bulan Mac 2012.  Setiap saat/ detik ada sahaja insan comel akan melihat dunia iaitu baby...


bagi wanita yang baru melahirkan anak tempoh berpantang adalah 44 hari dimana satu tempoh yg amat menguji kesabaran. Terdapat beberapa amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini tetapi berbengkung adalah amalan utama.

Dengan pemakaian korset Premium Beautiful, darah nifas keluar dengan baik dan tempoh berpantang pun menjadi singkat, mudah dan selamat.

Apa kelebihannya?
Pemakaian korset Premium Beautiful secara konsisten boleh membantu:
- meningkatkan kadar metabolisma
- mengurangkan berat badan
- menghilangkan masalah buasir
- rahim cepat kecut
- tiada masalah keputihan
- kesan strechmark cepat pudar
- terhindar dari pening, kembung
- menghindari sakit belakang
- meningkatkan pengeluaran susu badan

dan banyak lagi..

selain itu, pengambilan pil herba maharani adalah gabungan yg hebat dalam tempoh berpantang/ untuk hamil.


keterangan lanjut boleh berhubung dengan saya di 0129019864 atau email ke ermayanti_hr@yahoo.com

Monday, 19 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I BAU BADAN

tajuk yg erma nak kongsi ni rasanya memang semua orang rasa takutkan..
aku ni ada bau badan ke tidak???
wangi ke busuk aku ni??
semuanya berlegar-legar di kepala kan...

Bau badan adalah kombinasi antara peluh dan bakteria. Peluh sepatutnya tidak berbau. bakteria ialah penyebab aroma busuk terbit semasa aktiviti pembiakan di tempat yg lembab/ basah.


Apabila peluh yg keluar dan berbau, ianya akan mengganggu penampilan dan keyakinan diri seseorang. Ramai juga orang sekeliling akan mula menjauhkan diri.

Anda tidak perlu deodoran/ ubat ketiak/ minyak wangi yang mahal... hanya perlukan

-
-
-
-
-

KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

U GET IT.. U FEEL IT...

Sunday, 18 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I BERHATI-HATI DENGAN

AMARAN!!!!!!!!!!!

sila berhati-hati kerana ada korset diluar sana yg meniru/ korset premium beautiful palsu..

Ramai agent / penjual diluar sana yang menjual korset berkenaan dgn harga yg sangat-sangat murah..
memang anda mampu memilikinya tetapi anda pasti menyesal kerana:

# tiada lifetime warranty
# tidak boleh ditukar jika tidak sesuai
# kesan negatif pada badan anda, lebih-lebih lagi kesihatan
# tiada perkhidmatan perundingan selepas jual beli

macam mana anda tahu yang anda membeli korset yang asli oleh agen yg sah??

1- agen tersebut akan mengukur badan anda/ double check ukuran badan anda sekiranya anda ukur sendiri bagi memastikan anda mendapat korset yg tepat
2- semasa penghantaran secara face to face, anda akan diminta untuk memakai korset tersebut supaya anda memakai saiz yg betul. sekiranya penghantaran secara pos, anda akan dipantau bagi memastikan anda mendapat korset yg betul
3- setelah anda berpuashati, agen akan mengutip bayaran secara tunai / ansuran
4- akhir sekali, anda akan dapat set yg lengkap seperti dibawah:









erma harap maklumat ini dapat membantu anda dari menjadi mangsa korset tiruan......!!

Anything you wanna ask..just contact me :

email : ermayanti_hr@yahoo.com
0129019864

PREMIUM BEAUTIFUL I PELUANG PERNIAGAAN !!!

selamat pagi semua pembaca yg mulia..

suka erma nak kongsi tentang peluang perniagaan yang sedang erma ceburi bagi anda yg berminat. 

jangan bimbang.. hanya dengar dengan percuama!!! tanpa paksaan.. kemudian anda buat keputusan..



pelan jangka panjang...





modal yg...

 
secara team working...

yg peting....... fun n enjoy... :D


These are the benefits you will confirm get once you join our team
1 set premium beautiful corset for free 
(worth RM2,000)
RM3,000 1st bonus (without selling the corset)
.
.
.
MACAM MANA????

SMS me a.s.a.p..0129019864... and i will share with you..F.O.C..:)

Friday, 16 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I BREAST LUMP

kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign breast conditions)/ breast lump


renung sejenak...

 gambaran kanser payudara stage 4..

# adakah pernah merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yg keras di payudara anda?
# adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
# adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
# adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
# adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan diatas, mungkin anda menghidap keadaan yg dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign).  Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign) atau sistik mastitis kronic.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.

Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakkan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku.  Oleh itu, ini merupakan penyakit yg paling kerap menimpa payudara.

Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yg bleh terjadi pd sebelah atau kedua-dua belah payudara.  Ia selalunya dikenali dgn adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair.  Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yg berkaitan dgn kitaran haid.  Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopose).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dgn meningkatnya umur dimana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun.  Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakkan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan.  Sesetengah wanita akan menghidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.

Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita.  Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopose).

Bagaimana anda tahu bahawa anda menghidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar iaitu:
1) ujian radiologi seperti mamogram atau X-Ray payudara dan ultrasound.
2) ujian dengan menyedut keluar cecair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat selanjutnya.

Apakah rawatannya?
Gunakanlah coli/ baju dalam yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

jgn lupa periksa payudara anda...



BUAT PILIHAN YG BETUL UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.. SAKIT ITU PERLU DICEGAH SEBELUM MERAWAT



 semua wanita inginkan payudara yg sihat...

Thursday, 15 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I KEPUTIHAN

 - Jangan anggap remeh terhadap keputihan -

Masalah keputihan adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakkan wanita dan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Didefinasikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina.  Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau serta berbau atau tidak berbau.

Ia perlu diberikan perhatian, keputihan tersebut adalah normal atau penyakit.  Cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim yg bercampur dengan sel-sel vagina oleh bakteria.  Berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolasi, ketika bermula dan selepas haid, ransangan seksual atau sedang hamil.

Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yg normal dan akan sembuh dgn sendiri.  SILAP!!
Keputihan adalah lebih jauh daripada itu....

Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini:
1 -  jangkitan bakteria spt Bacteria Vaginosis atau
2 -  kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican

Jika kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk.  Kulat ini mampu merebak ke seluruh tubuh dan boleh menyerang organ-organ penting dalam badan.

Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan.  Hasilnya organ seksual lelaki akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan kulit melecet. ooo.. takutnya...

 Berikut adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan yang abnormal:
# jangkitan kulat : keputhan yg berwarna putih/ kekuningan berlaku secara berterusan disertai rasa gatal,dimana disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
# jangkitan kuman trichomonas : keputihan berwarna kehijauan dan terasa gatal.
# jangkitan bakteria vaginosis : keputihan berwarna kelabu dan berbau
# jangkitan melalui perhubungan seks : keputihan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah
# kerana kanser pangkal rahim : keputihan yg berbau busuk dan tidak gatal


kanser pangkal rahim - inilah yg akan terjadi (dr en google)

 antara penyebab keputihan ialah:
* vaginitis atropik yg timbul di waktu lanjut usia (menopose) disebabkan kurang hormon estrogen
* ubat spt antibiotik, yang mengandungi estrogen
* kehadiran benda asing spt benang, kain atau benda lain secara sengaja / tidak di dalam vagina


antara perkara yang perlu untuk diketahui:
1. jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan.  Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yg ada di vagina yg bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.
3. Menjauhi tekanan yg berlebihan
4. penghidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yg stabil
5. segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

Cuba bayangkan kini kehidupan bebas selama-lamanya dari sebarang masalah keputihan...

 dgn KORSET PREMIUM BEAUTIFUL ianya boleh membantu menghindari penyakit ini

Wednesday, 14 March 2012

BIAR TAMAK ILMU JANGAN TAMAK HARTA

Tidak semua sifat tamak itu tidak baik. Umpamanya sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan. Sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan sangat digalakkan kerana itu akan membawa banyak kebaikan. Sebenarnya sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan itu akan mengajar kita agar bersifat lebih pemurah. Oleh kerana ilmu pengetahuan itu tidak ada had untuk dimiliki maka ia juga tidak pernah berkurang apabila diberikan kepada orang lain. Bahkan ilmu pengetahuan itu akan lebih berkembang dan bertambah apabila ianya diberikan kepada orang lain. Tapi berlainan pula keadaannya apabila seseorang itu mempunyai sifat tamak terhadap harta benda. Sifat tamak itu kadang-kadang membentuk sifat kedekut seseorang. Maklum sajalah harta akan berkurang apabila diberikan kepada orang lain. Oleh itu adalah lebih baik jika kita mempunyai sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan. Sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan menjamin kemaslahatan hidup kita di dunia dan akhirat.
 
 

Monday, 12 March 2012

TESTIMONI 9.. SELESA DAN SAKIT-SAKIT BADAN

testimoni ni oleh pengguna dari Kluang, Johor.. jarak bukan penghalang utk meluaskan kebaikan KORSET PREMIUM BEAUTIFUL NI... yang buat erma teruja, dia baru pakai 2 minggu

ni buktinya ye..

Tuesday, 6 March 2012

TESTIMONI 8.. SAKIT PINGGANG & SAKIT URAT

mmg terbukti sakit pinggang dpt dirawat...

diri sendiri dah dpt kesannya...
 

GEMUK ANGIN, GEMUK AIR, GEMUK DAGING

uik.. tajuk apa ni?? tgh cari fakta lain tp jumpa fakta lain pula. Bila dah terjumpa fakta ni, terasa nak kongsi dgn pembaca semua...


GEMUK ANGIN
ciri-cirinya:
- perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar
- mudah mendapat sakit kepala


GEMUK AIR
ciri-cirinya:
- badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan
- badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


GEMUK DAGING
ciri-cirinya:
- badan berasa berat dan pejal
- mudah penat apabila melakukan tugas harian
- proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air/ gemuk angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
- proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

Gemuk air / gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun.

Anda di kategori mana? Cuba lakukan pada diri anda..

KORSET PREMIUM BEAUTIFUL boleh dipakai oleh sesiapa sahaja, tidak kira gemuk ke, kurus ke, orang muda ke atau orang berumur ke... ini ialah korset kesihatan.  Teknologi FIR yang ada akan membantu mencari, membakar, mencairkan dan dikeluarkan dari badan melalui peluh/ pembuangan air besar/ pembuangan air kecil. Mmg terbukti sangat BERKESAN.

Friday, 2 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I MENGAPA MESTI MEMILIKINYA...

salam semua. cuti hujung minggu perlu dimanfaatkan sebaiknya. lebih-lebih lagi dgn keluarga. uoll tengah buat apa & dimana? dgn bisness ni, bila-bila masa.. dimana-mana jua... so fun.. x stress pun

erma nak kongsi tentang mengapa perlu memiliki korset Premium Beautiful ini...

LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL

Ia menutupi bahagian badan dari dada hingga ke bahagian pusat perut.  Dada akan jadi lebih cantik, terletak dan membentuk... wow!!! Lemak dibahagian bawah ketiak, sisi badan dan belakang badan akan dikemaskan.







LONG GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL

Ia menutupi bahagian badan dari atas pusat hingga ke bahagian paha atas lutut.  Lemak dibahagian perut/ buncit, punggung dan peha akan hilang.  Jika ada kesan strectmark kerana mengandung, ianya akan pudar.  Pudar dengan ketara. Wah!!! 


BENGKUNG / WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL


Ia menutupi bahagian bawah dada sehingga bahagian bawah pusat.  Ia membantu memecahkan lemak dibahagian perut dan menyokong bahagian belakang badan.  Ia boleh merawat sakit pinggang/ sakit belakang... orang lelaki pun boleh pakai...


Kain korset Premium Beautiful ini dibuat daripada kain yang lembut dan sejuk.  Sangat selesa dipakai.  Berbaloi dengan harga dan anda tidak perlu membuang masa ke salon-salon/ spa.

uoll mampu memilikinya dengan bayaran tunai @ secara ansuran serendah RM200/ bulan.

Dapatkan Premium Beautiful ini segera... Hadiah misteri sedang menanti....

hubungi erma 0129019864 or email ke ermayanti_hr@yahoo.com

Thursday, 1 March 2012

MOTIVASI - HALWA MINDA


Orang yang paling berani bukanlah orang yang berani mati tetapi orang yang berani hidup..

Kalau saya ditanya bilakah kita dikatakan sudah berjaya dalam hidup? Saya akan menjawab "Saya berjaya dalam hidup apabila semua cabaran dan dugaan dalam hidup ini telah berjaya saya harungi."

Suatu perkara yang orang paling takut adalah MATI, tetapi orang selalu lupa untuk bersedia menghadapi MATI.

Jika engkau ingin mengubah darjat duniamu, engkau perlu mengubahnya dengan usaha. Tetapi jika engkau ingin mengubah darjat akhiratmu, engkau perlu mengubahnya dengan IMAN.

Kadang-kadang hatimu tersalah menduga ujianNYA sehingga menganggap DIA tidak mempedulikanmu. Ketahuilah, DIA mendengar jelas setiap bait-bait doamu dan percayalah bahawa DIA tidak menganiayaimu tetapi DIA sedang mengujimu. 

SHARING IS CARING...

MOTIVASI - JANGAN JADI LEMAH

suka erma nak share...

Kalau masih ditakdirkan mempunyai peluang, bangkitlah dan teruskan untuk mencuba mendapatkan sesuatu yang diimpikan.

Jangan menjadi lemah dan kalah kepada kata-kata orang yang hanya senang melihat kita rebah dan jatuh.

Telanlah segala kepahitan dan redahlah segala onak duri yang menghalangi perjalanan perjuanganmu. 

Yakinlah bahawa niatmu suci dan Tuhanmu akan sentiasa memberkati perjuanganmu.

 

Engkau tidak kalah jika engkau jatuh. 

Engkau tidak hina jika bermula dari bawah semula. 

Tetapi engkau akan kalah dan hina jika engkau tidak mahu lagi bangkit dari jatuhmu dan malu memulakan langkah dari bawah semula. 

Oleh itu, teruskan perjuanganmu walaupun terpaksa berusaha di dalam keadaan putus asa.
© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™