Friday 16 March 2012

PREMIUM BEAUTIFUL I BREAST LUMP

kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign breast conditions)/ breast lump


renung sejenak...

 gambaran kanser payudara stage 4..

# adakah pernah merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yg keras di payudara anda?
# adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
# adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
# adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
# adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan diatas, mungkin anda menghidap keadaan yg dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign).  Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign) atau sistik mastitis kronic.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.

Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakkan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku.  Oleh itu, ini merupakan penyakit yg paling kerap menimpa payudara.

Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yg bleh terjadi pd sebelah atau kedua-dua belah payudara.  Ia selalunya dikenali dgn adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair.  Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yg berkaitan dgn kitaran haid.  Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopose).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dgn meningkatnya umur dimana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun.  Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakkan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan.  Sesetengah wanita akan menghidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.

Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita.  Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopose).

Bagaimana anda tahu bahawa anda menghidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar iaitu:
1) ujian radiologi seperti mamogram atau X-Ray payudara dan ultrasound.
2) ujian dengan menyedut keluar cecair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat selanjutnya.

Apakah rawatannya?
Gunakanlah coli/ baju dalam yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

jgn lupa periksa payudara anda...



BUAT PILIHAN YG BETUL UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.. SAKIT ITU PERLU DICEGAH SEBELUM MERAWAT



 semua wanita inginkan payudara yg sihat...

No comments:

Post a Comment

© Ermayantizakaria | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™