Tidak semua sifat tamak itu tidak baik. Umpamanya sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan. Sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan sangat digalakkan kerana itu akan membawa banyak kebaikan. Sebenarnya sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan itu akan mengajar kita agar bersifat lebih pemurah. Oleh kerana ilmu pengetahuan itu tidak ada had untuk dimiliki maka ia juga tidak pernah berkurang apabila diberikan kepada orang lain. Bahkan ilmu pengetahuan itu akan lebih berkembang dan bertambah apabila ianya diberikan kepada orang lain. Tapi berlainan pula keadaannya apabila seseorang itu mempunyai sifat tamak terhadap harta benda. Sifat tamak itu kadang-kadang membentuk sifat kedekut seseorang. Maklum sajalah harta akan berkurang apabila diberikan kepada orang lain. Oleh itu adalah lebih baik jika kita mempunyai sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan. Sifat tamak terhadap ilmu pengetahuan menjamin kemaslahatan hidup kita di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment