suka erma nak share...
Jangan menjadi lemah dan kalah kepada kata-kata orang yang hanya senang melihat kita rebah dan jatuh.
Telanlah segala kepahitan dan redahlah segala onak duri yang menghalangi perjalanan perjuanganmu.
Yakinlah bahawa niatmu suci dan Tuhanmu akan sentiasa memberkati perjuanganmu.
Engkau tidak kalah jika engkau jatuh.
Engkau tidak hina jika bermula dari bawah semula.
Tetapi engkau akan kalah dan hina jika engkau tidak mahu lagi bangkit dari jatuhmu dan malu memulakan langkah dari bawah semula.
Oleh itu, teruskan perjuanganmu walaupun terpaksa berusaha di dalam keadaan putus asa.
No comments:
Post a Comment